Friday, February 27, 2009

Advertisement

Sunday, February 22, 2009

semalu ?

Umum semua tahu tentang kewujudan pokok semalu kan ? Untuk itu,apa kata,kita perhalusi lagi pengetahuan kita tentang tumbuhan ini. Tambahan lagi,ia merupakan "ikon" bagi program serikandi kali ini.
Pokok semalu
Nama botani :Mimonasu pudica L.
Nama Famili :Leguminnosae
Namatempatan :Malu-malu,Semalu,Puterimalu,Kembang gajah ,
Rumputrimau,Memalu,Kemuncup,Keman,Duri keman.

Pengenalan spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya .

Pokok semalu ini terdapat dengan banyak di seluruh negara ,terutamatnya di tepi jalan,di kawasan terbiar dan dikampung.Tumbuhan ini dikenali kerana ia dari jenis yang cepat mengecut apabila menyentuhnya dan mempunyai duri .

Khasiat dan manfaat untuk perubatan

Tumbuhan ini amat sesuai digunakkan untuk mengecut ,menguat dan membersihkan faraj,khususnya selepas bersalin atau haid,ia juga berkhasiat dijadikan mandian dan bukan sebagai minuman .Caranya adalah ambil beberapa batang Pokok semalu termasuk akarnya ,bersihkan ,kemudian masuk kedalam bekas(periuk) yang dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani,garam kasar dan asam keping,kemudian rebuskannya.Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biar airnya suam sedikit.Air semalu ini boleh dibuat air mandian.

Selain itu ,,ia dapat merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pesah-pecah kerana dimakan air.Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali,campurkan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat .Seterusnya sapu bahagian yang terkena peyakit tersebut.

Tumbuhan ini dapat mengubati bengkak ,luka dan bisul.Caranya adalah menumbuk daun tersebut bersama kunyit makan(Curcuma domestica)dan kerak-kerak nasi (Terenia polygonaides).Kemudian tampal pada bahagian yang sakit.

Akarnya boleh mengubati sakit buah pinggang ,sebagai pelawas kencing ,sakit perut ,senggugut ,malaria,lelah,tonik,sakit keputihan dan kusta.Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak ,batuk dan deman .Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang bisa.

Thursday, February 19, 2009

Promotion 2

Wednesday, February 18, 2009

A N I Q A H


Penaja Utama Serikandi 3rd Edition . http://www.aniqah.com.my

Baju rasmi Serikandi


Berminat ? Khas buat kaum hawa.sesuai dipakai dimana sahaja.tidak kira masa.comel kan ? :D Boleh order pada biro ekonomi PPI ataupun terus ke booth serikandi di coe & coit .
Harga : RM35. Bagi kaum Adam , erm ... T-shirt pun ada : cuma PINK juga la . nak ?? :D
*bersama menjana ekonomi ummah*

PROMOTION

Banner Serikandi'09 THIRD EDITION

Tuesday, February 17, 2009

P E R K I D

InsyAllah , pada 7 mac 2009;sabtu , SERIKANDI 3RD EDITION akan mengadakan satu lawatan ke Rumah PERKID[Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor].Bagi yang ingin turut serta, sila berikan butir diri di booth SERIKANDI [17 - 28 februari 2009]. Berikut sedikit sebanyak mengenai PERKID.

Penubuhan PERKID
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor, singkatannya PERKID, telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 2000 dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan- peraturan Pertubuhan 1984. Nombor pendaftaran PERKID ialah 562.

PERKID adalah merupakan ahli Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor, iaitu sebuah badan kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela di peringkat negeri.

Pada mula penubuhannya ibu pejabat PERKID bertempat di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Selaras dengan perkembangan organisasinya, pejabat PERKID seterusnya ialah di USJ Subang Jaya; Wisma Yakin, Kuala Lumpur; Seksyen 15, Bandar Baru Bangi; dan Bandar Baru Ampang. Mulai Jun 2006, PERKID beroperasi di pejabat sekarang di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, Hulu Langat.


Objektif
Tujuan PERKID ditubuhkan adalah untuk mencapai matlamat-matlamat berikut :

1. Menegakkan sistem perubatan dan pemulihan secara Islam bagi menangani masalah gejala sosial yang sedang melanda masyarakat masakini.

2. Memberi pembelaan dan perlindungan kepada para pemuda dan pemudi Islam yang terjebak dengan anasir-anasir yang tidak sihat.

3. Menjalankan aktiviti dakwah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak dan gejala sosial, yang merugikan semua pihak.

4. Bekerjasama dan berpadu tenaga dengan semua pihak samada badan-badan kerajaan,swasta dan badan-badan sukarela bagi menangani masalah gejala sosial yang melanda masyarakat dan negara.

5. Menubuhkan pusat-pusat pemulihan secara Islam bagi merawat, memulihkan dan mendidik generasi umat Islam yang terjebak dengan gejala sosial supaya kembali ke pangkal jalan.

6. Membuat kerja-kerja kebajikan umum bagi membantu masyarakat yang ditimpa bencana alam dan berbagai masalah kehidupan.


Keahlian
Keahlian PERKID adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dan beragama Islam yang tinggal atau bekerja di negeri Selangor serta berminat untuk melaksanakan segala matlamat pertubuhan. Klik untuk butiran lanjut.

w a n i t a


Oleh : Ustaz Shamsul

Mengapakah wanita diciptakan? Bagi menjawabnya kita kena lihat sejarah penciptaan Hawa, ketika Nabi Adam a.s tinggal di syurga, baginda menyaksikan setiap benda mempunyai pasangannya yang tersediri. Unggas dan burung mempunyai teman, sedangkan baginda tidak mempunyai teman dan hidup bersendirian. Dari itu timbullah keinginan pada diri Nabi Adam untuk berteman. Kemudian Allah jadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam. Tujuan Hawa dijadikan adalah untuk menjadi teman berhibur kepada Nabi Adam a.s di syurga sebagaimana firman Allah bermaksud :

"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya.Dia menciptakan isteri agar kamu berasa senang kepadanya."

Itulah sebenarnya fungsi makhluk perempuan itu diciptakan iaitu untuk memberikan kesenangan pada kaum Adam. Untuk tujuan itu Allah cipta khas bentuk fizikal Hawa berlainan daripada Adam. Supaya antara satu sama lain saling lengkap melengkapi. Dan masing-masing mempunyai tugas mengikut fitrah dan bentuk fizikal yang Allah jadikan . Walaupun tugas wanita boleh berbagai-bagai tetapi tugas asasi wanita itu diciptakan untuk memenuhi kehendak lelaki.

Wanita diperlukan oleh lelaki untuk menunaikan fitrahnya secara biologi. Nafsu kelamin bukanlah satu perkara yang kecil. Untuk tujuan itu lelaki sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk berkahwin, bagi mendapatkan wanita sebagai isteri secara halal. Lelaki tidak seperti wanita, lelaki tidak pernah cicir air liur jikalau tidak mendapatkan pakaian yang indah-indah, pinggan mangkuk yang mahal, kek yang bertingkat-tingkat, apalagi perhiasan intan dan berlian. Orang lelaki tidak tertarik kepada semua itu. Tetapi apabila bertembung dengan wanita yang cantik, yang dedah aurat, yang manja, yang peramah, dosa sudah menjadi satu perkara yang kecil. Untuk tujuan itu lelaki sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit asalkan dapat mencapai matlamatnya.

Lelaki yang tipis imannya, bila sudah teransang tidak kira lagi halal dan haram, dosa atau pahala, akan mencari jalan untuk melepaskan keinginannya kepada wanita tidak kira apa cara sekalipun. Kerana itu setiap hari banyak kita dapati berita tentang perogolan dan kes zina. Dalam hal ini kedua-dua pihak bersalah. Tetapi dalam membicarakan hal wanita ini, kita perlulah melihat daripada kesilapan wanita di dalam hal ini. Ada yang tidak bersetuju wanita dipersalahkan di dalam kes ini. Kononnya wanita yang dirogol itu berpakaian sopan, dikatakan juga bukan wanita muda sahaja yang kena rogol tetapi budak-budak dan orang tua jua dirogol.

Bagi menjawab hal tersebut kita perlu tanya diri kita tentang kefahaman kita tentang bentuk pakaian yang telah digariskan oleh Islam. Sejauh mana ukuran kesopanan pakaian yang dikatakan itu? Kalau ikut orang Melayu, pakai baju kurung itu sopan, pakai baju kebaya pun dikira sopan. Tetapi adakah pakaian tersebut dikira sopan mengikut kacamata syariat? Pakaian yang diiktiraf oleh wanita mukmin yang boleh menyelamatkannya dari mata keranjang lelaki ialah yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pakaian itu mestilah dari warna yang gelap misalnya kelabu, coklat, hitam, longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Pakaian itu dapat menutup kecantikan wanita.

Bahagian yang wajib ditutup ialah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Perintah ini diwajibkan oleh Allah di dalam al Quran :

"Dan janganlah mereka (kaum wanita) itu menampakkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutupnya dengan kain kerudung dadanya." ( an Nur : 31 )

Yang dimaksudkan zahir itu ialah muka dan tapak tangan. Demikianlah riwayat yang paling sohih di kalangan hadis Nabi s.a.w . Bukan aurat sahaja yang diperintahkan untuk ditutup, malah perhiasan yang boleh didengar pun diperintahkan oleh Allah untuk disembunyikan seperti gelang, rantai atau gelang kaki yang biasa dipakai yang bila dihentakkan ia akan berbunyi, sebagaimana diterangkan di dalam al Quran :

"Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui (didengar) apa yang mereka sembunyikan, iaitu perhiasan mereka (gelang kaki), dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya beruntung mendapat kejayaan." ( an Nur : 31 )

Dari ayat tersebut kita dapat fahami bahawa gelang kaki pun termasuk ke dalam perhiasan yang dilarang untuk didengar bunyinya, apalagi menampakkannya. Hal ini adalah sebagai hikmah untuk wanita-wanita yang beriman itu agar tidak diganggu oleh lelaki. Hal ini tersebut di dalam
firman Allah :

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." ( al Ahzab : 59 )

Aurat ertinya sesuatu atau sebahagian anggota tubuh manusia yang malu apabila dilihat oleh orang. Untuk menutupnya sangat ringan, sebab di bantu oleh rasa malu dan kemanusiaan. Di dalam Surah an Nur, ayat 31 dan al Ahzab ayat 59 di atas yang mengandungi undang-undang yang pokok terlarangnya bagi sesiapapun membuka auratnya dan juga perhiasannya serta terlarang pula bagi melihatnya bagi yang bukan muhrim Bagi mereka yang tidak termasuk ke dalam golongan yang dikecualikan, tentunya berlaku larangan itu dan wajib mentaatinya.

Tiap-tiap larangan hukumnya haram. Dan sesuatu larangan tidak dapat diertikan makruh bila ada keterangan lain yang meringankan larangan termaksud sehingga menjadi larangan yang tidak keras (makruh). Ada pun mengenai larangan dalam ayat di atas, tidak ditemukan keterangan-keterangan lain yang memberikan keringanan atau kemudahan. Jadi kedudukannya tetap merupakan larangan yang keras yang istilahnya haram. Patut pula diperhatikan bahawa di dalam ayat-ayat tersebut terdapat dua macam perintah iaitu :

a) Bagi kaum wanita untuk menutupi aurat dan perhiasannya.
b) Bagi lelaki iaitu untuk menundukkan pandangannya terhadap wanita yang bukan muhrim, sekalipun wanita itu menutupi aurat dan perhiasannya.

Seseorang yang serumah dengan yang bukan muhrim tidak dapat mengubah ketentuan tersebut. Baginya tetap berlaku dan tidak dapat menjadi halal di atas dasar serumah, baik sudah menjadi akrab atau kerana telah merasakan sebagai anak sendiri atau keluarga yang sangat dekat. Kaum lelaki berkewajipan menutupi auratnya dan wanita diperintahkan untuk menundukkan pandangannya terhadap lelaki yang bukan muhrim baginya sekalipun lelaki itu menutupi auratnya.

Hiasan dan keindahan yang dimiliki seorang perempuan sangat menyenangkan hatinya apabila dilihat orang. Akan tetapi kesenangan yang hujungnya ke arah neraka adalah satu kebinasaan. Oleh kerana itu menutup hiasan diri adalah satu jihad, satu ibadah yang banyak godaan dan sangat berat untuk dilaksanakan. Perintah menutup perhiasan atau ziinah itu yang sebenarnya adalah satu rahmat, tanda kasih sayang Allah kepada manusia dan penjagaan dari tertipu dengan godaan syaitan.


ihsan : akh hafiz./krew TnK


pamplet serikandi


Salam `alaik. Berikut merupakan pamplet untuk intipati pertandingan yang terdapat di dalam program SERIKANDI 3RD EDITION ini. Bagi yang berminat untuk turut serta, sila lawati booth kami di COE & COIT dan bolehlah isi borang ! n_n

Monday, February 16, 2009

ahlan wasahlan


Surah An-nisa` : suatu bukti Islam memuliakan wanita

Penulis: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah

Berbekal pengetahuan tentang Islam yang tipis, tak sedikit kalangan yang dengan lancangnya menghakimi agama ini, untuk kemudian menelorkan kesimpulan-kesimpulan tak berdasar yang menyudutkan Islam. Salah satunya, Islam dianggap merendahkan wanita atau dalam ungkapan sekarang ‘bias jender’. Benarkah?

Sudah kita maklumi keberadaan wanita dalam Islam demikian dimuliakan, terlalu banyak bukti yang menunjukkan kenyataan ini. Sampai-sampai ada satu surah dalam Al-Qur`anul Karim dinamakan surah An-Nisa`, artinya wanita-wanita, karena hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita lebih banyak disebutkan dalam surah ini daripada dalam surah yang lain. (Mahasinut Ta`wil, 3/6)

Untuk lebih jelasnya kita lihat beberapa ayat dalam surah An-Nisa` yang berbicara tentang wanita.

1. Wanita diciptakan dari tulang rusuk laki-laki.

Surah An-Nisa` dibuka dengan ayat:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (An-Nisa`: 1)

Ayat ini merupakan bagian dari khutbatul hajah yang dijadikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai pembuka khutbah-khutbah beliau. Dalam ayat ini dinyatakan bahwa dari jiwa yang satu, Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan pasangannya. Qatadah dan Mujahid rahimahumallah mengatakan bahwa yang dimaksud jiwa yang satu adalah Nabi Adam ‘alaihissalam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa. Qatadah mengatakan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. (Tafsir Ath-Thabari, 3/565, 566)

Dalam hadits shahih disebutkan:

إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، وَِإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلْعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهَا، وَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ وَفِيْهَا عِوَجٌ

“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, “Dalam hadits ini ada dalil dari ucapan fuqaha atau sebagian mereka bahwa Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menerangkan bahwa wanita diciptakan dari tulang rusuk. Hadits ini menunjukkan keharusan berlaku lembut kepada wanita, bersikap baik terhadap mereka, bersabar atas kebengkokan akhlak dan lemahnya akal mereka. Di samping juga menunjukkan dibencinya mentalak mereka tanpa sebab dan juga tidak bisa seseorang berambisi agar si wanita terus lurus. Wallahu a’lam.”(Al-Minhaj, 9/299)

2. Dijaganya hak perempuan yatim.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُوا

“Dan jika kalian khawatir tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kalian menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita lain yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kalian khawatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita saja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk kalian tidak berlaku aniaya.” (An-Nisa`: 3)

Urwah bin Az-Zubair pernah bertanya kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى maka Aisyah radhiyallahu ‘anha menjawab, “Wahai anak saudariku1. Perempuan yatim tersebut berada dalam asuhan walinya yang turut berserikat dalam harta walinya, dan si wali ini ternyata tertarik dengan kecantikan si yatim berikut hartanya. Maka si wali ingin menikahinya tanpa berlaku adil dalam pemberian maharnya sebagaimana mahar yang diberikannya kepada wanita lain yang ingin dinikahinya. Para wali pun dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim terkecuali bila mereka mau berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim serta memberinya mahar yang sesuai dengan yang biasa diberikan kepada wanita lain. Para wali kemudian diperintah untuk menikahi wanita-wanita lain yang mereka senangi.” Urwah berkata, “Aisyah menyatakan, ‘Setelah turunnya ayat ini, orang-orang meminta fatwa kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang perkara wanita, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan ayat:

وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ

“Dan mereka meminta fatwa kepadamu tentang wanita.” (An-Nisa`: 127)

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, “Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat yang lain:

وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ

“Sementara kalian ingin menikahi mereka (perempuan yatim).” (An-Nisa`: 127)

Salah seorang dari kalian (yang menjadi wali/pengasuh perempuan yatim) tidak suka menikahi perempuan yatim tersebut karena si perempuan tidak cantik dan hartanya sedikit. Maka mereka (para wali) dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim yang mereka sukai harta dan kecantikannya kecuali bila mereka mau berbuat adil (dalam masalah mahar, pent.). Karena keadaan jadi terbalik bila si yatim sedikit hartanya dan tidak cantik, walinya enggan/tidak ingin menikahinya.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 4574 dan Muslim no. 7444)

Masih dalam hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ قُلِ اللهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاءِ اللاَّتِي لاَ تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ

Dan mereka meminta fatwa kepadamu tentang wanita. Katakanlah, “Allah memberi fatwa kepada kalian tentang mereka dan apa yang dibacakan kepada kalian dalam Al-Qur`an tentang para wanita yatim yang kalian tidak memberi mereka apa yang ditetapkan untuk mereka sementara kalian ingin menikahi mereka.” (An-Nisa`: 127)

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

أُنْزِلَتْ فِي الْيَتِيْمَةِ، تَكُوْنُ عِنْدَ الرَّجُلِ فَتَشْرِكُهُ فِي مَالِهِ، فَيَرْغَبُ عَنْهَا أَنْ يَتَزَوَّجَهَا وَيَكْرَهُ أَنْ يُزَوِّجَهَا غَيْرَهُ، فَيَشْرَكُهُ فِي ماَلِهِ، فَيَعْضِلُهَا، فَلاَ يَتَزَوَّجُهَا وَيُزَوِّجُهَا غَيْرَهُ.

“Ayat ini turun tentang perempuan yatim yang berada dalam perwalian seorang lelaki, di mana si yatim turut berserikat dalam harta walinya. Si wali ini tidak suka menikahi si yatim dan juga tidak suka menikahkannya dengan lelaki yang lain, hingga suami si yatim kelak ikut berserikat dalam hartanya. Pada akhirnya, si wali menahan si yatim untuk menikah, ia tidak mau menikahinya dan enggan pula menikahkannya dengan lelaki selainnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 5131 dan Muslim no. 7447)

3. Cukup menikahi seorang wanita saja bila khawatir tidak dapat berlaku adil secara lahiriah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ

“Kemudian jika kalian khawatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita saja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki.” (An-Nisa`: 3)

Yang dimaksud dengan adil di sini adalah dalam perkara lahiriah seperti adil dalam pemberian nafkah, tempat tinggal, dan giliran. Adapun dalam perkara batin seperti rasa cinta dan kecenderungan hati tidaklah dituntut untuk adil, karena hal ini di luar kesanggupan seorang hamba. Dalam Al-Qur`anul Karim dinyatakan:

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ

“Dan kalian sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri kalian, walaupun kalian sangat ingin berbuat demikian. Karena itu janganlah kalian terlalu cenderung kepada istri yang kalian cintai sehingga kalian biarkan yang lain telantar.” (An-Nisa`: 129)

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan ketika menafsirkan ayat di atas, “Maksudnya, kalian wahai manusia, tidak akan mampu berlaku sama di antara istri-istri kalian dari segala sisi. Karena walaupun bisa terjadi pembagian giliran malam per malam, namun mesti ada perbedaan dalam hal cinta, syahwat, dan jima’. Sebagaimana hal ini dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ‘Abidah As-Salmani, Mujahid, Al-Hasan Al-Bashri, dan Adh-Dhahhak bin Muzahim rahimahumullah.”

Setelah menyebutkan sejumlah kalimat, Ibnu Katsir rahimahullah melanjutkan pada tafsir ayat: فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ maksudnya apabila kalian cenderung kepada salah seorang dari istri kalian, janganlah kalian berlebih-lebihan dengan cenderung secara total padanya, فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ “sehingga kalian biarkan yang lain telantar.” Maksudnya istri yang lain menjadi terkatung-katung. Kata Ibnu ‘Abbas, Mujahid, Sa’id bin Jubair, Al-Hasan, Adh Dhahhak, Ar-Rabi` bin Anas, As-Suddi, dan Muqatil bin Hayyan, “Makna كَالْمُعَلَّقَةِ, seperti tidak punya suami dan tidak pula ditalak.” (Tafsir Al-Qur`anil Azhim, 2/317)

Bila seorang lelaki khawatir tidak dapat berlaku adil dalam berpoligami, maka dituntunkan kepadanya untuk hanya menikahi satu wanita. Dan ini termasuk pemuliaan pada wanita di mana pemenuhan haknya dan keadilan suami terhadapnya diperhatikan oleh Islam.

4. Hak memperoleh mahar dalam pernikahan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَءَاتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebagian dari mahar tersebut dengan senang hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisa`: 4)

5. Wanita diberikan bagian dari harta warisan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَاْلأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَاْلأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا

“Bagi laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ayah-ibu dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bagian dari harta peninggalan ayah-ibu dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan.” (An-Nisa`: 7)

Sementara di zaman jahiliah, yang mendapatkan warisan hanya lelaki, sementara wanita tidak mendapatkan bagian. Malah wanita teranggap bagian dari barang yang diwarisi, sebagaimana dalam ayat:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kalian mewarisi wanita dengan jalan paksa.” (An-Nisa`: 19)

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menyebutkan, “Dulunya bila seorang lelaki di kalangan mereka meninggal, maka para ahli warisnya berhak mewarisi istrinya. Jika sebagian ahli waris itu mau, ia nikahi wanita tersebut dan kalau mereka mau, mereka nikahkan dengan lelaki lain. Kalau mau juga, mereka tidak menikahkannya dengan siapa pun dan mereka lebih berhak terhadap si wanita daripada keluarga wanita itu sendiri. Maka turunlah ayat ini dalam permasalahan tersebut.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya no. 4579)

Maksud dari ayat ini, kata Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah, adalah untuk menghilangkan apa yang dulunya biasa dilakukan orang-orang jahiliah dari mereka dan agar wanita tidak dijadikan seperti harta yang diwariskan sebagaimana diwarisinya harta benda. (Al-Jami’ li Ahkamil Qur`an, 5/63)

Bila ada yang mempermasalahkan, kenapa wanita hanya mendapatkan separuh dari bagian laki-laki seperti tersebut dalam ayat:

يُوصِيكُمُ اللهُ فِي أَوْلادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ اْلأُنْثَيَيْنِ

“Allah mewasiatkan kepada kalian tentang pembagian warisan untuk anak-anak kalian, yaitu bagian seorang anak lelaki sama dengan bagian dua orang anak perempuan….” (An-Nisa`: 11)

Maka dijawab, inilah keadilan yang sesungguhnya. Laki-laki mendapatkan bagian yang lebih besar daripada wanita karena laki-laki butuh bekal yang lebih guna memberikan nafkah kepada orang yang di bawah tanggungannya. Laki-laki banyak mendapatkan beban. Ia yang memberikan mahar dalam pernikahan dan ia yang harus mencari penghidupan/penghasilan, sehingga pantas sekali bila ia mendapatkan dua kali lipat daripada bagian wanita. (Tafsir Al-Qur`anil ‘Azhim, 2/160)

6. Suami diperintah untuk berlaku baik pada istrinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para istri) secara patut.” (An-Nisa`: 19)

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah ketika menafsirkan ayat di atas menyatakan: “Yakni perindah ucapan kalian terhadap mereka (para istri) dan perbagus perbuatan serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila ia (istri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam hal ini:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Dan para istri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.” (Al-Baqarah: 228)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri telah bersabda:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِيْ

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (istri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (istri)ku.”2 (Tafsir Al-Qur`anil ‘Azhim, 2/173)

7.Suami tidak boleh membenci istrinya dan tetap harus berlaku baik terhadap istrinya walaupun dalam keadaan tidak menyukainya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah karena mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa`: 19)

Dalam tafsir Al-Jami’ li Ahkamil Qur`an (5/65), Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata: “Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ (”Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka”), dikarenakan parasnya yang buruk atau perangainya yang jelek, bukan karena si istri berbuat keji dan nusyuz, maka disenangi (dianjurkan) (bagi si suami) untuk bersabar menanggung kekurangan tersebut. Mudah-mudahan hal itu mendatangkan rizki berupa anak-anak yang shalih yang diperoleh dari istri tersebut.”

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Yakni mudah-mudahan kesabaran kalian dengan tetap menahan mereka (para istri dalam ikatan pernikahan), sementara kalian tidak menyukai mereka, akan menjadi kebaikan yang banyak bagi kalian di dunia dan di akhirat. Sebagaimana perkataan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang ayat ini: ‘Si suami mengasihani (menaruh iba) istri (yang tidak disukainya) hingga Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan rizki kepadanya berupa anak dari istri tersebut dan pada anak itu ada kebaikan yang banyak’.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/173)

Dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

“Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah, jika ia tidak suka satu tabiat/perangainya maka (bisa jadi) ia ridha (senang) dengan tabiat/perangainya yang lain.” (HR. Muslim no. 1469)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: “Hadits ini menunjukkan larangan (untuk membenci), yakni sepantasnya seorang suami tidak membenci istrinya. Karena bila ia menemukan pada istrinya satu perangai yang tidak ia sukai, namun di sisi lain ia bisa dapatkan perangai yang disenanginya pada si istri. Misalnya istrinya tidak baik perilakunya, tetapi ia seorang yang beragama, atau berparas cantik, atau menjaga kehormatan diri, atau bersikap lemah lembut dan halus padanya, atau yang semisalnya.” (Al-Minhaj, 10/58)

8. Bila seorang suami bercerai dengan istrinya, ia tidak boleh meminta kembali mahar yang pernah diberikannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ أَرَدْتُمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَكَانَ زَوْجٍ وَءَاتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلاَ تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا. وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

“Dan jika kalian ingin mengganti istri kalian dengan istri yang lain sedang kalian telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kalian mengambil kembali sedikitpun dari harta tersebut. Apakah kalian akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan menanggung dosa yang nyata? Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” (An-Nisa`: 20-21)

9. Termasuk pemuliaan terhadap wanita adalah diharamkan bagi mahram si wanita karena nasab ataupun karena penyusuan untuk menikahinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاَتُكُمْ وَبَنَاتُ اْلأَخِ وَبَنَاتُ اْلأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاَّتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاَّتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ

“Diharamkan atas kalian menikahi ibu-ibu kalian, putri-putri kalian, saudara-saudara perempuan kalian, ‘ammah kalian (bibi/ saudara perempuan ayah), khalah kalian (bibi/ saudara perempuan ibu), putri-putri dari saudara laki-laki kalian (keponakan perempuan), putri-putri dari saudara perempuan kalian, ibu-ibu susu kalian, saudara-saudara perempuan kalian sepersusuan, ibu mertua kalian, putri-putri dari istri kalian yang berada dalam pemeliharaan kalian dari istri yang telah kalian campuri. Tetapi jika kalian belum mencampuri istri tersebut (dan sudah berpisah dengan kalian) maka tidak berdosa kalian menikahi putrinya. Diharamkan pula bagi kalian menikahi istri-istri anak kandung kalian (menantu)…” (An-Nisa`: 23)

Diharamkannya wanita-wanita yang disebutkan dalam ayat di atas untuk dinikahi oleh lelaki yang merupakan mahramnya, tentu memiliki hikmah yang agung, tujuan yang tinggi yang sesuai dengan fithrah insaniah. (Takrimul Mar`ah fil Islam, Asy-Syaikh Muhammad Jamil Zainu, hal. 16)

Di akhir ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ اْلأُخْتَيْنِ إِلاَّ مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

“(Diharamkan atas kalian) menghimpunkan dalam pernikahan dua wanita yang bersaudara, kecuali apa yang telah terjadi di masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa`: 23)

Ayat di atas menetapkan bahwa seorang lelaki tidak boleh mengumpulkan dua wanita yang bersaudara dalam ikatan pernikahan karena hal ini jelas akan mengakibatkan permusuhan dan pecahnya hubungan di antara keduanya. (Takrimul Mar`ah fil Islam, Muhammad Jamil Zainu, hal. 16)

Demikian beberapa ayat dalam surah An-Nisa` yang menyinggung tentang wanita. Apa yang kami sebutkan di atas bukanlah membatasi, namun karena tidak cukupnya ruang, sementara hanya demikian yang dapat kami persembahkan untuk pembaca yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala-lah yang memberi taufik.

Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.

Footnote:

1 Karena ibu ‘Urwah, Asma` bintu Abi Bakr radhiyallahu ‘anhuma adalah saudara perempuan Aisyah radhiyallahu ‘anha.
2 HR. At-Tirmidzi, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah.

(Sumber: Majalah Asy Syari’ah, Vol. IV/No. 38/1429H/2008, Kategori: Niswah, hal. 80-85. Dicopy dari http://www.asysyariah.com/print.php?id_online=617)