Tuesday, February 17, 2009

P E R K I D

InsyAllah , pada 7 mac 2009;sabtu , SERIKANDI 3RD EDITION akan mengadakan satu lawatan ke Rumah PERKID[Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor].Bagi yang ingin turut serta, sila berikan butir diri di booth SERIKANDI [17 - 28 februari 2009]. Berikut sedikit sebanyak mengenai PERKID.

Penubuhan PERKID
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor, singkatannya PERKID, telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 2000 dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan- peraturan Pertubuhan 1984. Nombor pendaftaran PERKID ialah 562.

PERKID adalah merupakan ahli Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor, iaitu sebuah badan kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela di peringkat negeri.

Pada mula penubuhannya ibu pejabat PERKID bertempat di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Selaras dengan perkembangan organisasinya, pejabat PERKID seterusnya ialah di USJ Subang Jaya; Wisma Yakin, Kuala Lumpur; Seksyen 15, Bandar Baru Bangi; dan Bandar Baru Ampang. Mulai Jun 2006, PERKID beroperasi di pejabat sekarang di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, Hulu Langat.


Objektif
Tujuan PERKID ditubuhkan adalah untuk mencapai matlamat-matlamat berikut :

1. Menegakkan sistem perubatan dan pemulihan secara Islam bagi menangani masalah gejala sosial yang sedang melanda masyarakat masakini.

2. Memberi pembelaan dan perlindungan kepada para pemuda dan pemudi Islam yang terjebak dengan anasir-anasir yang tidak sihat.

3. Menjalankan aktiviti dakwah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak dan gejala sosial, yang merugikan semua pihak.

4. Bekerjasama dan berpadu tenaga dengan semua pihak samada badan-badan kerajaan,swasta dan badan-badan sukarela bagi menangani masalah gejala sosial yang melanda masyarakat dan negara.

5. Menubuhkan pusat-pusat pemulihan secara Islam bagi merawat, memulihkan dan mendidik generasi umat Islam yang terjebak dengan gejala sosial supaya kembali ke pangkal jalan.

6. Membuat kerja-kerja kebajikan umum bagi membantu masyarakat yang ditimpa bencana alam dan berbagai masalah kehidupan.


Keahlian
Keahlian PERKID adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dan beragama Islam yang tinggal atau bekerja di negeri Selangor serta berminat untuk melaksanakan segala matlamat pertubuhan. Klik untuk butiran lanjut.

0 comments:

Post a Comment