Monday, March 9, 2009

mujahadah disebalik pintu Perkid.


Syukur ke Hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia & kasih - sayangnya,pada Sabtu yang lepas,kami dapat bersama-sama merasai kegembiraan, kepayahan & pengalaman hitam mereka di Pertubuhan Darul Islah(PERKID),Hulu Langat.

Sedikit perkongsian bersama dari PERKID
Kehadiran kami ke PERKID disambut dengan begitu mesra sekali.Pada awalnya,timbul sedikit kebimbangan sekiranya kehadiran kami di situ memberi kurang keselesaan kepada anak-anak PERKID. walaubagaimanapun,setelah melalui LDK & perkongsian,jurang-jurang yg ada telah dapat diuraikan.sweet of memory.

Program kami di sana dibantu oleh Ustaz Long Bin Kecik, Pensyarah dari ILSAS. Beliau seorang yang sangat lembut tutur bahasanya. Mudah dibawa berbincang & siapa sangka walaupun bertubuh kecil, jiwanya sangat besar dalam membawa dakwah & ilmu yang beliau ada.
Siapa sangka juga, hanya dengan berbekalkan slide show & nasyid-2, hati & air mata kami semua diluahkan disini. Bukan sahaja peserta tersentuh hati , malah urusetia juga turut mengenangkan dosa-dosa lampau .

Isi utama dari perkongsian Ustaz long adalah lebih kepada menghargai pengorbanan ibu & ayah,Kekuasaan Allah swt serta tentang ajal & maut.Kelihatan seperti isi biasa,ttp penuh dengan makna mendalam yang mampu membawa kami semua kepada keinsafan diri. Malah kami juga diajarkan dengan cara yang sebaiknya dalam bertaubat. Terima kasih tidak terhingga kepada ustaz long.

Bermula episod baru.
Berbagai pengalaman & cerita yg anak -anak PERKID kongsikan bersama kami.Malah ada diantara mereka yg masih di bawah umur sudah berada disitu.Mereka juga sama seperti orang biasa,yang membezakan hanya pengalaman membesar meniti alam dewasa. Hanya kerana terjebak dengan agenda sosial, ibu bapa mereka akhirnya memilih utk mendidik mereka di PERKID ini.

Pengajaran
Tetapkan keyakinan kita kepada Allah.Biar kadangkala terlalu payah perjalanan hidup kita ini,jangan mudah putus asa. Jangan membiarkan hawa nafsu syaitan mengawal perasaan kita. Allah akan selalu membantu kita,baik dalam keadaan senang atau susahnya kita. Jangan ambil langkah mudah utk menyelesaikan masalah yang ada. Tetapkan hati & tawakal selalu pada Ilahi.InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan Allah.


0 comments:

Post a Comment